Never Perfect



♥ The mom of two beautiful children named Medina Sofea and Mikael Syarf ♥
Entries About Link D-I-Y

Music Player

  Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers
Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: ♥ Fash Nurfazlina ♥

Khas buat Medina Sofea, my little heartbreaker ✿◕ ‿ ◕✿
Medina Sofea kini sudah berusia 72 hari. Sekejapnya masa berlalu. Just in a blink of eyes, Medina's already 72 days old. Just in a blink of eyes, anotha 18 days Medina's mummy akan kembali bekerja. Okayy itu tidak seronok! Pengalaman sebagai seorang ibu sangat mengujakan tahu. Medina is EVERYTHING for me. Seeing her smile melts me to the core. Dan mulut saya tidak lekang mengungkapkan rasa syukur setiap hari for the rest of my life that i have experienced giving birth and now have a daughter. (Pengalaman meneran sungguh berharga)

I found my late mother's diary in a box. Pada masa itu, saya baru berusia 15 tahun. Dan diari tahun 1988 itu lah yang menjadi peneman setia di kala sunyi. Juga sebagai bahan bacaan before i go to sleep. Coretan pada 1 Januari sehingga 13 Mei , iaitu kira-kira seminggu sebelum arwah mama terbabit dalam eksiden dan berjumpa Penciptanya, saya baca berulang kali. Sedih tapi itu lah pengubat tatkala rindu pada arwah! Kasih seorang ibu tiada tandingannya. Beberapa kali arwah mama terpaksa  ambil EL, sbb i have been very cranky. Mungkin saya tahu masa untuk kami bersama sudah suntuk. Setiap perbelanjaan juga tercatat rapi. Setiap kali outstation, ada sahaja small gifts yang dibeli untuk anak-anaknya. Tapi kini diari tersebut telah tiada. Hilang. Mungkin disimpan rapi oleh papa, saya mengagak. 


Arwah mama pergi ketika saya masih kecil, 3 and a half year. Even we have so little time together, tapi kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah masih segar terasa sehingga kini. Ya, itu lah point yang hendak saya perihalkan di sini. Quality of mum's time, not quantity is more important. Saya redha sekiranya ajal menjemput dan saya tidak dapat lihat Medina membesar sepenuhnya. Kerana saya merasakan during these three months, i've spent a lot of time with her. Tapi hati kecil saya tidak henti berdoa agar Medina membesar seiring dengan lanjutnya usia saya. Sama juga, sekiranya diberi peluang untuk hidup selama 1000 tahun, tetapi sepanjang hidup dipenuhi dengan amalan lagho', maka sia-sia lah masa tersebut. Berbeza jika hidup hanya 20 tahun tetapi sentiasa beramal soleh. Sedari Medina dalam kandungan, saya sudah tekad untuk fully breastfeed Medina dan Alhamdulillah sehingga kini, Allah permudahkan urusan saya. Saya tidak punya harta yang banyak untuk ditinggalkan buat Medina. Tapi, saya punya stok EBM buat Medina ✿◕ ‿ ◕✿ Moga-moga cukup sehingga usia Medina sekurang-kurangnya 6 bulan. Saya bukan isteri dan ibu yang baik, tapi sekurang-kurangnya saya sudah berusaha ke arah itu.

 Medina Sofea,
Jadilah anak yang solehah dan mendirikan solat,


Saya harap apabila Medina besar kelak dan sudah boleh baca, setiap entri dalam blog ini dibaca satu persatu. Moga Medina mengerti betapa sayangnya saya pada dia. Tiada penghujung.

Labels:



Older Post | Newer Post